Pegi kerja hari ni.. Tapi rasa sangat malas, buat few calls aje pastu mengarut buat kerja lain. Baca paper, browsing, dan beli air milo.
Book tiket movie, then layan Ninja Assasin ngan Wan kat One U. Dah selesai, pegi amik jeans kat Ikano, cadang nak makan meat balls kat Ikea. Penuh umat, patah balik masuk Ikano then layan kat Kluang Station. Layan jugak kat situ, tapi toast bread sengal sket huhu..
Balik rumah, on the way dengar lagu.. Wow next 24 Dec cukup la setahun aku dibuang. Luka dah sembuh, tapi parut tetap wujud, dan akan aku lihat dan rasa sampai bila-bila. Aku lalu depan rumah perempuan itu, dan kereta nya masih ada. Maybe ujung tahun ni diorang bertunang, or else terus kahwin, who knows? Aku memang menjangkakan kau masih menetap di PJ, dan telahan aku masih tepat. Kau seorang perempuan dibawah lindungan Kaabah, memang tak sepadan lansung dengan aku yang kotor dan tak ada rupa. Teman lelaki baru kau, jika dilihat memang saling padan dengan kau, dan apa yg Tuhan aturkan memang tepat. Aku memang tak mahu pikir apa apa lansung pasal kau. Aku hina. Kau SANGAT mulia, tak macam aku. Kau punya masa depan yang cerah, kau bakal jadi jutawan muda, kau cemerlang dlm perniagaan kau. Setakat cacai macam aku, memang layak kau buang.
Aku rasa syukur dengan kerja aku. Rakan pejabat dah macam ahli keluarga sendiri, dan mereka ubati perasaan kosong dalam hati aku. Umpama espada dalam bleach, berlubang di dada. Begitu lah aku rasa hati ini. Kosong, pedih, dan hampa. Apa pun, aku bersyukur adik kesayangan aku ketemu jodoh yang baik. Aku tumpang gembira dan doakan yang terbaik untukmu, dik. Moga Allah terima doa dari abangmu yang kotor dan jijik ni.
Bila aku dengar lagu Akon, So Damn Beautiful, aku sentiasa terkenang kan kau. Kau tidak lah rupawan, tapi kejujuran kau membuatkan kau amat beautiful pada mata ku. Setiap kali aku solat, aku doakan, sesuatu yang biarlah Allah yang Maha Mengetahui. Sayang kau milik orang, namun jika diberi peluang aku adalah orang yang paling gembira dalam dunia ini.
Aku tak tahu. Masih adakah peluang untukku ini?
Sunday, November 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment