Sunday, November 29, 2009

Apa aktiviti hari ini?

Pegi kerja hari ni.. Tapi rasa sangat malas, buat few calls aje pastu mengarut buat kerja lain. Baca paper, browsing, dan beli air milo.

Book tiket movie, then layan Ninja Assasin ngan Wan kat One U. Dah selesai, pegi amik jeans kat Ikano, cadang nak makan meat balls kat Ikea. Penuh umat, patah balik masuk Ikano then layan kat Kluang Station. Layan jugak kat situ, tapi toast bread sengal sket huhu..

Balik rumah, on the way dengar lagu.. Wow next 24 Dec cukup la setahun aku dibuang. Luka dah sembuh, tapi parut tetap wujud, dan akan aku lihat dan rasa sampai bila-bila. Aku lalu depan rumah perempuan itu, dan kereta nya masih ada. Maybe ujung tahun ni diorang bertunang, or else terus kahwin, who knows? Aku memang menjangkakan kau masih menetap di PJ, dan telahan aku masih tepat. Kau seorang perempuan dibawah lindungan Kaabah, memang tak sepadan lansung dengan aku yang kotor dan tak ada rupa. Teman lelaki baru kau, jika dilihat memang saling padan dengan kau, dan apa yg Tuhan aturkan memang tepat. Aku memang tak mahu pikir apa apa lansung pasal kau. Aku hina. Kau SANGAT mulia, tak macam aku. Kau punya masa depan yang cerah, kau bakal jadi jutawan muda, kau cemerlang dlm perniagaan kau. Setakat cacai macam aku, memang layak kau buang.

Aku rasa syukur dengan kerja aku. Rakan pejabat dah macam ahli keluarga sendiri, dan mereka ubati perasaan kosong dalam hati aku. Umpama espada dalam bleach, berlubang di dada. Begitu lah aku rasa hati ini. Kosong, pedih, dan hampa. Apa pun, aku bersyukur adik kesayangan aku ketemu jodoh yang baik. Aku tumpang gembira dan doakan yang terbaik untukmu, dik. Moga Allah terima doa dari abangmu yang kotor dan jijik ni.

Bila aku dengar lagu Akon, So Damn Beautiful, aku sentiasa terkenang kan kau. Kau tidak lah rupawan, tapi kejujuran kau membuatkan kau amat beautiful pada mata ku. Setiap kali aku solat, aku doakan, sesuatu yang biarlah Allah yang Maha Mengetahui. Sayang kau milik orang, namun jika diberi peluang aku adalah orang yang paling gembira dalam dunia ini.

Aku tak tahu. Masih adakah peluang untukku ini?

Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha

Aku sambut raya kat puchong ari ni.. Blackberry aku buat hal, kena tukar charger socket tue. Kena rm90 kat LowYat tadi.. Adui duit lagik. Pi ngan anak Buah boss tadi..

Kau beraya kat Melaka hari ni, then kau hala ke Kedah lak. Aku doakan perjalanan kau selamat, dan kau gembira sepanjang masa..

Kenapa padam akaun ko?

Aku baru je fb ngan ko dan kak mah pasal posting fb myvi strech.. Esok pagi aku tgk komen ko dah hilang. Misteri aku rasa. Ingat ko dah benci aku, ingatkan ko dah padam aku dari senarai frends kat fb. Aku biar je sehari dua.. Tengok tengok memang takde pun. Rupanya ko dah padam akaun ko. Bler aku sms ko cakap ko padam sebab fb makan masa ko. Well, aku rasa aku tak setuju. Sebab aku pun kaki fb, tapi aku tak main game, tak gila macam macam game. Just update status, komen kengkawan, that's all. Social networking macam ni penting, all kawan kita dapat tau what you feel, what you do, so aku rasa ko tak perlu la sampai nak delete akaun. Sayang tu. Gambor pun tak payah la upload bebanyak sangat.. Maybe aku akan nasihatkan ko semula.

Aku sms, aku tanya sepatah, ko jawap sepatah. Then aku throw in some jokes, you laugh. Aku feels good. Aku suka lihat kau gembira. Dan aku nak kau gembira sepanjang masa.. Aku mahukan begitu. Adakah peluang itu? Aku mohon pada-Nya tiap hari dan waktu.

Kau akan pulang ke Melaka hari ni, esok akan beraya ke Kedah. Aku doakan kau selamat pergi dan pulang. Dan aku yakin kau akan gembira di sisi keluarga kau. Selamat Hari Raya Korban.

Aku rindukan senyuman mu, biar pun mungkin senyuman itu takkan jadi milikku.....

Tuesday, November 24, 2009

(Your) Dukethon

You post in your FB you got 75th place in Dukethon.. Pretty impressive, and I'm proud of that.. Maybe I'll consider to join next -thon with you haha..

Sunday, November 22, 2009

Waha!!!!

Semalam pegi kerja jap, pastu pi One Utama window shopping.. Cadangan asal ialah window shopping, tapi kasi swipe jugak la untuk dua helai baju t-shirt haha. Jalan punya jalan masuk Royal Sporting House, nampak la satu kasut... The Adidas Goodyear edition... Dah lama aku cari, dan yang aku jumpa sume nyer kaler white ngan either stripe red or green. Saiz jer takde. Yang aku jumpa ni uniquely kaler hitam with white stripes.. Now I feel like a black stig already haha!! Probably kena cari black jacket and black full face helmet. Then probably new fat black stig will appears haha!!!

Kemudian aku ngan Wan head to Ikea, ada kedai alter jeans, aku bagi levi's aku untuk kecikkan sket kaki dia. Awek pembantu kedai tu sikit punya nakal, leh dia kenakan aku masa nak bayar deposit, cet !! Inside Ikea, jumpe la meja komputer kecik, rm55 je, kasi angkat terus la. Dah bosan pakai meja meniaga kat bilik ni haha.. Wan amik satu drawer, then settle payment trus head balik..

Later kat umah, siap pasang meja tu, on laptop dan berjaya wifi free, aku pun online. After update status kat FB, ko pun mencelah, macam biasa.. Aku pun suka gak. Layan ko macam biasa. Then aku sms ko, ko pun reply macam biasa, macam as friend. Adui nak wat macam mana? Nak bagi signal pun ko tak paham. Takpe la, just wait. Anyway hari ni ko nak marathon yea, dukeathon. Aku doakan dan harap ko enjoy the run :)

Tuesday, November 17, 2009

Satu hari yang indah... Entah?!

Semalam satu hari hujan. Baju yang dijemur pun tak kering, dalam ofis pun macam kat kutub antartik, gila beku... Akaun pun banyak, pretty busy as well. Then after kerja budak budak pompuan ajak join diorang pegi klinik then join dinner sekali. Aku pun pegi jer la. Then after that diorang ajak dinner kat ayam penyet sunway tu. Ahh follow jer la sian aku tengok muka anak anak aku yang demam tu. Orang demam kena la bagi happy sket baru la cepat kebah kan? So then we have our dinner there. Sang Wira share ngan Didot satu set, Kak Mah makan sampai takleh abis satu set pun (ape kena ngan ko Kak Mah ei??) Yuli pulak still on diet, tak makan nasi tapi order lauk ngan soto... On the way back elok je aku nak parking, panggilan telefon dari dia. Yeap, dia yang aku minati dari dulu, dan sampai skarang dia tak sedar dan hanya treat aku sebagai kawan. What you expect, kan? Kitorang kenal dari form 1 berhingus sampai la besar panjang form 5. Well, yang tu aku story lain kali, coz entry ni pasal ape yang di story kan masa ko call aku. So ko teringin nak makan kat murni, mintak tolong aku bawa ke sana. No problem, princess. Aku sentiasa sedia untukmu. Tapi kau mengadu padaku. Ko ceritakan pada aku tentang BF ko. How he always ngelak bila ko tanya bab kahwin, how sometimes he act unmatured towards ko. Its something yang jika ku diberi peluang, takkan aku lakukan pada kau. Tahukah kau tiap kali aku sujud pada-Nya, aku pohon hati kau terbuka untuk berubah, dan hati kau terbuka untuk menerima aku. Kau bilang dia lelaki yang baik, dan kau juga sayangkan dia. Aku rasa bersalah atas doa doa aku. Adakah aku memohon melakukan keburukan dari-Mu Allah? Aku tak tahu. Engkau yang dapat menilai-Nya. Namun aku mengerti Kau lah yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hatiku ini, dan Kau Maha Mendengar rintihan hamba ini tiap malam ya Allah.. I lost words to say, ans this post shall ends here for a while...

Saturday, November 14, 2009

Life oh life...

Aku bersyukur dengan apa yg Tuhan kurniakan pada aku kini. Alhamdulillah kerja pun okey, ada la jugak sikit hal kat ofis tapi biasa la kerja apa yang takde masalah, kan? Friend are great, and I am very happy with that.

And yeah, aku sukakan kau. Kau adalah party going girl, tapi kau lebih jujur daripada orang lain yang aku kenali. Ko bukan hipokrit, dan kerana itu aku jatuh hati pada mu. Mungkin kau tak sedar, dan aku kena simpan saja dalam hati, maklumlah kau dah ada BF... Weekend ni kau akan makan angin ke Penang yea, so aku doakan safe journey untuk mu.