Friday, July 6, 2007

Jamaludin bersara CEO


KUALA LUMPUR 5 Julai – Selepas 10 tahun menerajui, syarikat telekomunikasi terbesar di negara ini, Datuk Jamaludin Ibrahim, 48, hari ini mengumumkan persaraannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maxis Communications Bhd., berkuatkuasa mulai 31 Julai ini.

Jamaluddin, bagaimanapun, akan terus menjawat jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di dalam Lembaga Pengarah Maxis.

Katanya, tempat beliau itu akan diambilalih oleh Sandip Das yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia sejak 15 Januari 2007.

Jamaludin menambah, beliau akan terus menyokong Sandip Das dalam melaksanakan tugas tambahan dan tanggungjawab dalam meningkatkan perniagaan serantau kumpulan ke tahap yang seterusnya.

Beliau berkata: ‘‘Ia (sepanjang khidmat) merupakan satu tempoh yang mencabar dan peluang yang amat bernilai bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan yang membangunkan perniagaan telekomunikasi Maxis.

‘‘Saya berasa berbangga kerana syarikat kini memiliki kumpulan anak-anak tempatan yang berbakat dan pakar-pakar global di luar negara untuk membawa Maxis ke peringkat kejayaan yang seterusnya,’’ kata Jamaluddin dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau juga merakamkan penghargaannya kepada semua pihak termasuk pelanggan, peniaga dan rakan-rakan kongsi mula menyertai Maxis sejak sedekad yang lalu.

Jamaludin mula berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi dalam Maxis pada bulan September 1997 dan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada bulan Oktober 1998 dan seterusnya menjadi CEO Kumpulan pada tahun 2006 seiring dengan perkembangan syarikat secara global.

Beliau yang pernah mengikuti pengajian di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, pernah menjadi pensyarah Kaedah Kuantitatif di California State University, Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat selama 12 tahun di dalam IBM.

Sepanjang bersama Maxis yang kini memiliki 14 juta pelanggan di Malaysia, India dan Indonesia itu, Jamaludin telah berjaya menyenaraikan syarikat di Bursa Malaysia (dahulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur) pada bulan April 2002 dan muncul sebagai operator utama dalam telefon mudah alih.

Selepas penyenaraiannya, modal pasarannya telah tumbuh dua kali ganda dan menjadikan ia sebagai sebagai syarikat senaraian awam keenam terbesar di Malaysia.

Pada awal bulan Mei lalu, tokoh korporat, T. Ananda Krishnan yang memiliki Binariang GSM Sdn. Bhd. (Binariang) telah mengumumkan cadangan tawaran pembelian balik saham Maxis bernilai RM40 bilion dalam usaha menjadikannya sebuah syarikat milik persendirian.

Pembelian itu merupakan antara pembelian (buyout) terbesar di rantau Asia Pasifik.

Utusan Malaysia difahamkan pengumuman persaraan Jamaludin itu tiada kaitannya dengan cadangan Binariang menjadikan Maxis sebagai syarikat persendiriannya.

Sementara itu, mengulas mengenai persaraan Jamaludin, Pengerusi Maxis, Tan Sri Megat Zaharuddin berkata, sumbangan Jamaluddin terhadap Maxis adalah besar kerana perolehan syarikat meningkat 10 kali ganda kepada hampir RM8 bilion dengan pendapatan bersih berjumlah RM2 bilion.

‘‘Kami berbangga kerana beliau masih memberi sokongan melalui pengalamannya sebagai Pengarah dalam Maxis,’’ ujarnya lagi.

Pengerusi Binariang GSM Sdn. Bhd. (Binariang), Raja Datuk Arshad Raja Tun Uda pula mengalu-alukan pelantikan Jamaludin sebagai ahli lembaga pengarah Binariang.

Katanya, melalui pelantikan itu, ia akan membolehkan beliau memberi sokongan daripada aspek pengetahuan dan pengalamannya dalam operasi Maxis dan industri telekomunikasi bagi meningkatkan pertumbuhan syarikat berkenaan di pasaran tempatan, India dan Indonesia.




wow... it seems that what some people predicted is really going to happen soon.this all came back after ananda krishnan bought all equity in maxis and makes it his own company.after that the saudi arabia telco offers to buy part share of maxis. to put this simpler, all this purchasing will end to The Temasik Group will manage to buy all entities in Maxis...i do smell something fishy is going to happen though, so now i'd change to to DiGi.yes, maybe its not so significant, but i believe that 1 man can make a difference.

No comments: