Bekas juara gusti mati bunuh diri
FAYETTEVILLE, Amerika Syarikat (AS) 26 Jun – Bekas juara gusti dunia, Chris Benoit, 40, ditemui mati bersama isterinya, Nancy serta anak mereka, Daniel, 7, di rumahnya, di sini, semalam.
Jurucakap polis, Detektif Bo Turner berkata, daripada siasatan awal, pihaknya percaya Benoit mungkin membunuh isteri dan anaknya itu sebelum dia membunuh diri.
“Bagaimanapun kami masih meneruskan siasatan dan keputusan sebenar akan diperolehi selepas proses bedah siasat,” kata Turner kepada stesen televisyen tempatan, WAGA.
Benoit pernah menjadi juara gusti heavyweight dunia, juara Intercontinental serta menjuarai beberapa pertandingan beregu yang dianjurkan oleh World Wrestling Entertainment (WWE).

No comments:
Post a Comment