Semalam pegi kerja jap, pastu pi One Utama window shopping.. Cadangan asal ialah window shopping, tapi kasi swipe jugak la untuk dua helai baju t-shirt haha. Jalan punya jalan masuk Royal Sporting House, nampak la satu kasut... The Adidas Goodyear edition... Dah lama aku cari, dan yang aku jumpa sume nyer kaler white ngan either stripe red or green. Saiz jer takde. Yang aku jumpa ni uniquely kaler hitam with white stripes.. Now I feel like a black stig already haha!! Probably kena cari black jacket and black full face helmet. Then probably new fat black stig will appears haha!!!
Kemudian aku ngan Wan head to Ikea, ada kedai alter jeans, aku bagi levi's aku untuk kecikkan sket kaki dia. Awek pembantu kedai tu sikit punya nakal, leh dia kenakan aku masa nak bayar deposit, cet !! Inside Ikea, jumpe la meja komputer kecik, rm55 je, kasi angkat terus la. Dah bosan pakai meja meniaga kat bilik ni haha.. Wan amik satu drawer, then settle payment trus head balik..
Later kat umah, siap pasang meja tu, on laptop dan berjaya wifi free, aku pun online. After update status kat FB, ko pun mencelah, macam biasa.. Aku pun suka gak. Layan ko macam biasa. Then aku sms ko, ko pun reply macam biasa, macam as friend. Adui nak wat macam mana? Nak bagi signal pun ko tak paham. Takpe la, just wait. Anyway hari ni ko nak marathon yea, dukeathon. Aku doakan dan harap ko enjoy the run :)
Sunday, November 22, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Satu hari yang indah... Entah?!
Semalam satu hari hujan. Baju yang dijemur pun tak kering, dalam ofis pun macam kat kutub antartik, gila beku... Akaun pun banyak, pretty busy as well. Then after kerja budak budak pompuan ajak join diorang pegi klinik then join dinner sekali. Aku pun pegi jer la. Then after that diorang ajak dinner kat ayam penyet sunway tu. Ahh follow jer la sian aku tengok muka anak anak aku yang demam tu. Orang demam kena la bagi happy sket baru la cepat kebah kan? So then we have our dinner there. Sang Wira share ngan Didot satu set, Kak Mah makan sampai takleh abis satu set pun (ape kena ngan ko Kak Mah ei??) Yuli pulak still on diet, tak makan nasi tapi order lauk ngan soto... On the way back elok je aku nak parking, panggilan telefon dari dia. Yeap, dia yang aku minati dari dulu, dan sampai skarang dia tak sedar dan hanya treat aku sebagai kawan. What you expect, kan? Kitorang kenal dari form 1 berhingus sampai la besar panjang form 5. Well, yang tu aku story lain kali, coz entry ni pasal ape yang di story kan masa ko call aku. So ko teringin nak makan kat murni, mintak tolong aku bawa ke sana. No problem, princess. Aku sentiasa sedia untukmu. Tapi kau mengadu padaku. Ko ceritakan pada aku tentang BF ko. How he always ngelak bila ko tanya bab kahwin, how sometimes he act unmatured towards ko. Its something yang jika ku diberi peluang, takkan aku lakukan pada kau. Tahukah kau tiap kali aku sujud pada-Nya, aku pohon hati kau terbuka untuk berubah, dan hati kau terbuka untuk menerima aku. Kau bilang dia lelaki yang baik, dan kau juga sayangkan dia. Aku rasa bersalah atas doa doa aku. Adakah aku memohon melakukan keburukan dari-Mu Allah? Aku tak tahu. Engkau yang dapat menilai-Nya. Namun aku mengerti Kau lah yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hatiku ini, dan Kau Maha Mendengar rintihan hamba ini tiap malam ya Allah.. I lost words to say, ans this post shall ends here for a while...
Saturday, November 14, 2009
Life oh life...
Aku bersyukur dengan apa yg Tuhan kurniakan pada aku kini. Alhamdulillah kerja pun okey, ada la jugak sikit hal kat ofis tapi biasa la kerja apa yang takde masalah, kan? Friend are great, and I am very happy with that.
And yeah, aku sukakan kau. Kau adalah party going girl, tapi kau lebih jujur daripada orang lain yang aku kenali. Ko bukan hipokrit, dan kerana itu aku jatuh hati pada mu. Mungkin kau tak sedar, dan aku kena simpan saja dalam hati, maklumlah kau dah ada BF... Weekend ni kau akan makan angin ke Penang yea, so aku doakan safe journey untuk mu.
And yeah, aku sukakan kau. Kau adalah party going girl, tapi kau lebih jujur daripada orang lain yang aku kenali. Ko bukan hipokrit, dan kerana itu aku jatuh hati pada mu. Mungkin kau tak sedar, dan aku kena simpan saja dalam hati, maklumlah kau dah ada BF... Weekend ni kau akan makan angin ke Penang yea, so aku doakan safe journey untuk mu.
Monday, June 8, 2009
The demise of Kuning Kantin
My sister just text me. Pakcik tukang kebun said he found a body of a yellow cat, with bite on her neck, suspected by dog bite.He found it last week. The description of the cat matched with Kuning's description.. No wonder she never came home. Aku harap bukan Kuning kucing yang malang tu.. Tapi aku redha jika itu yg berlaku.. Air mata mengalir, walaupun ia hanya seekor kucing tapi aku akan merinduinya selalu. Sebelum ni pun Dorfi pula dah hilang berbulan lamanya dan never returns back.. Semoga Allah pertemukan aku dan semua kucing kucing aku yg telah mendahului aku di akhirat kelak. Amin ya rabbal Alamin.
Tuesday, December 23, 2008
Kat rumah..
Dah 3 minggu aku lepak kt umah (muar) lepas resign kerja. Ujung tahun payah sikit nak dapat kerja, banyak company nak tutup akaun. Takpe la, mungkin ada rezeki tahun depan kot. Dok kt umah leh manja2 dgn kucing2 ku. Umah sewa tgal Boss dgn Khairol hehe takpe yg penting sewa bayar. Oklah petang ni nak bawa adik pegi jumpa dentist.Posted using my 2nd hand N70 with unlimited data plan@RM99/month.
Saturday, March 15, 2008
It's been a while.....
dah lama tul tak menulis kat sini.. tapi tak tau la kenapa..mungkin dah hilang passion untuk menjadi blogger, atau rasa takda apa yang menarik utk di tulis. tapi takpe, just give it a try, mungkin kegilaan memposting tu akan ada kembali. utk pembaca (jika ada la..) selamat membaca.. ye lah kadang2 aku tengok sesetengah blogger tu jenis syok sendiri kat blog mereka. rasa macam blog diorang tu ramai pelawat, tapi sekor pon takde tinggal kan comment.. jadi utk tidak syok sendiri maka aku andaikan hanya aku je la yang baca blog aku nih..
wassalam.
wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
